Soalan : Bagaimana nak pakai BB Cream?
Jawapan : Sapu secara merata di seluruh wajah.
Soalan : Mengapa kulit saya kelihatan seperti bertompok selepas menggunakan BB Cream SQB?
Jawapan : Ianya kerana kulit anda terlalu kering. Anda di syorkan memakai krim muka terlebih dahulu atau pun pelembap muka (moisturiser) supaya tidak kelihatan bertompok.
Soalan : Mengapa kulit saya berminyak selepas menggunakan BB Cream SQB?
Jawapan : Jika anda mempunya kulit muka yang normal/berminyak, dan anda menggunakan krim muka/pelembap muka sebelum menggunakan BB Cream SQB, potensi untuk wajah kelihatan berminyak adalah lebih tinggi. Untuk mendapatkan kulit wajah tidak berminyak atau kurang berminyak, anda di syorkan tidak memakai sebarang krim muka sebelum menggunakan BB Cream SQB.
Soalan : Minimum umur yang sesuai untuk menggunakan BB Cream SQB?
Jawapan : Remaja dan Dewasa. Seeloknya kanak-kanak di bawah 12 tahun tidak perlu menggunakan BB Cream kerana faktor kulit yang masih muda.
Soalan : BB Cream SQB boleh hilangkan jeragat?
Jawapan : Formulasi utama dalam BB Cream berfungsi untuk mencegah dari pengeluaran pigmentasi, spot dan frekles. Namun begitu, terdapat beberapa testimoni dari pelanggan yang mengatakan jeragat mereka nampak pudar/berkurangan setelah menggunakan BB Cream SQB.
Soalan : Bolehkah BB Cream SQB dipakai bersama cream lain?
Jawapan : Boleh. Tetapi hasilnya mungkin berlainan sedikit berbanding tidak menggunakan cream lain.
Soalan : Bolehkan BB Cream SQB digunakan ketika solat?
Jawapan : Boleh kerana ia tidak mengandungi najis. Tetapi seeloknya cuci bersih wajah anda ketika hendak bersolat.
Soalan : Bila waktu yang sesuai untuk menggunakan BB Cream SQB?
Jawapan : Bila-bila masa kecuali waktu tidur.
Soalan : Perlu atau tidak saya menggunakan krim UV sebelum krim BB SQB?
Jawapan : Tidak perlu kerana BB Cream SQB mengandungi SPF30+ dan fungsinya sama seperti krim UV lain.
Soalan : Berapa lama sebotol BB Cream 15ml boleh bertahan?
Jawapan : Bergantung kepada berapa banyak yang anda gunakan sehari. Jika anda gunakan sekali sehari dengan satu picitan, tempohnya mungkin lebih kurang 2 bulan atau lebih.
Jika anda mempunyai soalan lain, sila comment pada entry ini. Terima Kasih =)
No comments:
Post a Comment